Wednesday, April 21, 2010

Petua Membuat Kek

Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.
Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik

yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.

Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa

kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.


Kek kering
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga

udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.

• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada

di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu

yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek

dibakar, kemudian barulah masukkan kek.


Kek retak atau pecah
• Suhu oven yang terlalu panas.

• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat

permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian

tengah sehingga mendapat oven yang merata.

• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi

terlalu penuh


Kek bantat
• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering

sehingga adunan menjadi terlalu lembik.

• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan

bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek

tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.

• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan

mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan

lain dimasukkan sebelum waktunya.

• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa

memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk

kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,

pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.


Kek turun dibahagian tengah
• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu

halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap

di dalamnya.

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.

• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.

• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di

bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di

lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan

hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak

akan naik semula seperti mana anda menekan span.


Petikan dari www.bagus.com.my

Sedap cookies yang rangup...klik sini


No comments:

Post a Comment